Tahukah anda setiap jahitan Premium Beautiful (PB) disulam dengan sejenis batu kristal yang dinamakan TOURMALINE dan ia menghasilkan gelombang Far Infrared Rays Technology (FIR). Itulah rahsia yang terdapat pada setiap jahitan PB sekaligus memberi kesan kebaikan kepada si pemakai. Premium Beautiful adalah satu-satunya korset pelangsingan yang mengandungi teknologi FIR sejak 25 tahun dahulu sehingga kini.
 
Apa itu FIR?

FIR ni adalah sejenis gelombang tenaga dalam spektrum cahaya semulajadi yang dihasilkan oleh matahari dan juga benda hidup. Ia berada dalam kumpulan Infra-Red dalam spektrum cahaya.  Tapi, disebabkan gelombangnya yang agak jauh, kita tidak nampak dengan mata kasar sama macam sinaran Ultra Violet (UV). Akan tetapi, tidak seperti sinaran UV yang boleh merosakkan sel-sel kulit, FIR ini sangat penting dan berguna kepada manusia.
 
FIR mempunyai kemampuan untuk menembusi kulit manusia. Ini menjadikan kulit manusia mudah menyerap sinaran FIR. Apabila FIR menyerap masuk ke dalam sel dan tisu kulit, perubahan tenaga akan berlaku dari tenaga cahaya kepada tenaga haba. Kesan tindakbalas daripada haba tersebut membantu saluran kapilari darah untuk mengembang lalu membantu melancarkan pengaliran darah yang lebih baik. Bukan itu sahaja, FIR membantu untuk improve respiratory system, increase metabolic rate, dan juga tenaga haba ini dapat membantu untuk menyingkirkan toksin dalam badan melalui proses berpeluh.
 
 
 
Premium Beautiful ini dicipta daripada gabungan pakar-pakar perubatan dari lima (5) buah negara maju iaitu Jepun, Jerman, Taiwan, Amerika Syarikat dan Korea. Premium Beautiful adalah pakaian dalam wanita yang direka khusus untuk pelangsingan dan kesihatan. Korset kesihatan ini adalah jenama NO. 1 DI MALAYSIA dan telah diiktiraf sebagai produk SUPERBRANDS yang diperbuat daripada bahan yang sangat berkualiti dan selesa dipakai sehinggakan dijamin kualitinya sepanjang hayat. Set ini juga dapat membentuk struktur badan yang cantik dan postur yang seimbang. Ia juga telah membantu beribu-ribu wanita Malaysia tampil langsing, cantik, berkeyakinan dan menjadi lebih sihat.
 
Ramai yang telah memakai korset Premium Beautiful ini dan merasai kebaikan dari segi peningkatan kesihatan dan kecantikan badan. Kebaikan kesihatan yang diberikan oleh korset ini tidak terhad kepada wanita sahaja. Ia juga sesuai digunakan untuk golongan lelaki, di mana bengkung  (waist nipper) Premium Beautiful sesuai untuk kaum lelaki yang mengalami masalah perut buncit, sakit belakang, slip disc ataupun scoliosis.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini.
 
Copyright ©2017 Korset Premium Beautiful, All Rights Reserved.